HOME    |   ABOUT ME    |   D.I.Y    |   DAPUR SYIMA    |   TIPS    |   VACATION

Monday 26 December 2016

diy key holder

Assalamulaikum.. hai gais 
entry kali ni syima nak share sikit tip jimat duit . korang mesti pernah mengalami situasi hilang kunci kereta / kunci rumah atau kunci apa apalah . HILANG KE ? ke salah letak ? . ini lah masalah kalau
kunci selalu letak di merata tempat . kita kena disiplinkan diri letak kunci kunci di satu tempat.

Memang di luar sana ada jual bermacam- macam jenis " key holder" "peti kunci " "key box" .
dengan harga yg berbeza beza . tapi apa salahnya kalau nak berjimat dengan buat sendiri . bak kata org putih D.I.Y ( do it yourself ) . simple je wehhhh . jimat kos dan masa korang untuk cari kunci kalau hilang tuu .

bahan-bahan
1. penyepit kayu ( wooden clip)
2. silicon glue ( guna hot glue gun tu pun boleh)
3. sebatang papan / kayu lebar
4. cardboard
5. gunting
6. pen / marker 

cara- cara senang je . korang lekat je mcm gambar kat bawah ni . hahah labelkan tu penting juga.
jimat la masa korang nak ambil kunci . takdelah dok tercari cari mana satu kunci motor vespa , motor skuter , motor ex5 ahhh byknye motor hahhaha  ( contoh je)
yelahhh . setakat keychain lain-lain . kadang konfius jugak . selamat mencuba gais . jimat duit jimat masa, save alam sekita heheh



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Asslamualikum, hai korang hehhe. Sekarang syima nak share resipi yg simple tapi ala- ala kau dah pro weeeweewee . pernah makan ayam masak cili padi ? ohmakkauuuu . syima mmg suka tambah-tambah kalau yg pedas nakmatie tuu . meleleh air mata pun okay asalakan kepuasan tuu Ya Rabbi ! . biasanya kalau teringin , syima akan masak sndiri ( nak pedas tapi x delah smpai pedas lidah orang nogori ! )
Mati la nakk ! . okayyy jom la scroll ke bawah kalau nak tahu resipi hehe


RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan

    1.       ½ ekor ayam dipotong kecik ( potong kecik ni nnti ayam dia berasa oii hehe )
    2.       20 tangkai cili padi ( ikut suka tahap kepedasan korang nak)*
    3.       1 inchi kunyit hidup ( serbuk kunyit pun ok) *
    4.       2 biji bawang besar *
    5.       2 batang serai hidup
    6.       1 kotak santan
    7.       Garam secukup rasa
    8.       Air dan minyak

(*) di blend halus


Cara- cara


    1.       Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg di blend sehingga naik bau
         2.       Agak-agak bahan yg di tumis Nampak garing ( jgn hangus) . masukkan air 2 cawan
     3.       Masukan ayam , serai yg di titik dan garam secukupnya.
     4.       Bila air dah kering sikit koranf tambahla air sikit sampailah Nampak ayam dah empuk aum
     5.       Masukkan santan dan gaul sampai sebati
     6.       Biarkan bebrapa minit. Tutup api dan siap !!!!!